Monday, October 24, 2011

tak ada istilah "stupid mistake" my dear...

itulah kata2 sang hubby tatkala aku asik terkenangkan insiden jumaat lalu.kenapa nak ckp mcm tu, tak baik, tak bersyukur namanya.semuanya telah tertulis.selasa kena road bully sbb blk lewat bos ada bg taklimat.rabu,khamis dan jumaat sang hubby suh bwk keta dia supaya lebih selamat.then hari ketiga guna jd mcm tu.takkan nak salahkan sang hubby yg bg keta?takkan nak slahkan si pembuli jalanraya? takkan pula nak salahkan bos yg buat taklimat lewat tempoh hari? sebenarnya aku berkeras tak nak keta sang hubby.entah kenapa.rasa berat hati tp ambik juga kunci yg dihulurkan.tambahnya lagi takkan nak salahkan diri sendiri smpi merosakkan fikiran tu...?

sebenarnya juga hari jumaat pg tu smpi tgh hari dan petang kat tmpt kerja aku asik bdebar2 yg amat sgt.tak tau kenapa.adakah kerana paper exam aku yg belum pack? kerja2 yg asik tertangguh dan etc.aku tak dpt jawapan sehinggalah kejadian berlaku.

udah2lah tu *uc**...kata sang hubby.insyaAllah ada hikmah disebalik apa yg berlaku.yg penting *uc** tak apa2.tgk lah org lain yg lebih berat ujiannya.fikir2kan dan muhasabah diri.

dengar sini,tak ada istilah "stupid mistake".semua tu telah tertulis oleh-Nya.bertujuan menguji iman dan kekuatan kita.jgn kata "kalau".tak baik.itu perkataan syaitan.kalaulah begitu taklah jd begini,kalaulah begini taklah jadi begitu.jgn sesekali ye my dear.pesan sang hubby lagi.wpun mukaku masih berkeronyot tp kata2 sang hubby diselang seli dgn lawaknya aku tersenyum juga.perlahan2 aku menerima masalah ini dgn hati yg redha.perlahan-lahan.

sekelumitpun sang hubby tak salahkan aku yg buatkan ketanya skrg berada di bengkel.mungkin memekan masa lama utk dibaiki.

"terima kasih sang hubby" aku berbisik ketelinganya.

"b bukan sang kancil" jawapnya pula.

lalu kamipun tertawa.

ok tamat disitu.

ini pula salah satu lagu yg digemari sang hubby.lagu sepenuhnya dari M.Nasir.sang isteri pun suka juga.tp sejak computer rosak dan speakernya belum dibelikan tak dapatlah dgr.merata2 juga sang hubby cuba dptkan cd pheonix bangkit ni tp sehinnga kini belum diperoleh.semua lgu dlm tu best2.kasetnya ada.tp zaman mellanium ni mana nak cr pemain kaset lg...ok ini lagunya.ia mmg ada maksud yg sgt mendalam.


Bintang-bintang ke syurga
Pertama percaya
Dua tak putus asa
Tiga terus terima
Empat tak berubah-ubah

Kelima rela berserah
Enam pentingkan yang sedia
Tujuh yang terpaling istimewa
Keikhlasanmu

Kalau ada bendanya
Mesti ada namanya
Kalau ada isinya
Mestilah ada bekasnya

Perlahan-lahan makan anak Sayang
Jangan sampai tercekik
Paku seluruh alam
Berhati-hati minum Sayang
Jangan sampai tersedak
Buih satu lautan

Perlahan-lahan jalan Sayang
Jangan sampai tersandung
Bendul gunung impian
Berhati-hati tatang alahai intan
Jangan sampai (kau) tertumpahkan
Setitis pun kasih sayang
(Kelak kau 'kan hidup dalam
Kekesalan berpanjangan)

Tiada petua kemenangan
Setanding ketaatan
Kepada Sang Pemilik
Kehendak dan ikhtiar
Rindumu yang sebenar


2 comments:

Anonymous said...

ade hikmah di sebaliknya..sabar je la eh..

jumurama said...

insyaallah.terima kasih ye