Saturday, October 22, 2011

entry paling pjg kot

entah dari mana aku nak bercerita yer...
kejadian semalam.betul2 membuat empangan airmata pecah jugak...erm (mungkin masalah kecil je bg sesetengah org) tp tidaklah bagi aku.bagi aku besar gak dugaan ni. masing2 punya persepsilah ye.tak ada salahnya kalau nak anggap ni small matter.kita diuji oleh-Nya dimana dalam masa yg sama diberikan kita kekuatan utk mneghadapinya.cuma mcm aku kata tadi.empngan airmata pecah juga...ermmm

macam ni ceritanya...
hari selasa lepas aku balik lambat dr tempat kerja.kul7.15 baru gerak kerana slps 6.40 ptg ada taklimat ringkas dr bos.bila kuar2 ofis mmg dah gelap gelita mcm malam.ditambah dgn hujan kerap sejak akhir2 ni menambahkan lg kepekatan malam.aku sedikit panik.terus berjalan laju ke kereta n terus gerak balik.di jalanan aku dibuli."road- bully".diorg suluh kat cermin pdg belakang dgn lmpu warna warni.aku brek tanda protes.diorg pun sedikit takut dan menjauhkan diri dr keta aku.aku bwk bukanlah perlahan sgt.lg pun mlm, gelap.utk org yg bercermin mata mcm aku dtambah dgn silau lampu2 kereta dr lorong bertentangan buat aku tak boleh la nk bwk laju2.mulanyaaku tak nmpk keta tu.tp bila bhenti kat lampu traffic di satu simpang diorg suluh2 lg dgn lampu warna warni.ada 4 org lelaki dlam tu.aku tak tgk sgt jd aku tak sure muda atau tua.naik kereta kenari plat WKW8***.aku sgt marah dan sakit hati sebenarnya.bhenti dlampu traffic mmgla rmi org tgk2.mungkin ada org2 lain yg pandng diorg.sbb tetiba dia tak buat dah mungkin takut jugak.aku mmg marah.tp apalah aku boleh buat selain bersabar.ini bukan lah kali pertama akau kena buli di jalanan balik kerja.jalan balik aku dikelilingi bukit2 dan tanah lapang yg dlm construction.kejap2 mmg gelap gelita bila tak ada keta lalu.kalau balik awal pun sama.wlupuntak gelap org2 yg nak kuar dr area tmpt kerja aku suka bwk laju2.ye lah jalan lurus mcm highway.sume org nak laju.pernah juga aku telefon rakan cop buat aduan.diorg mmg maklum dgn jalan tu dan mmg byk dah kejadian serupa tu...

al-kisahnya tak berhenti disitu...rentetan kejadian tu,lantas sang hubby bg keta dia utk dibawa pada hari rabu,khamis dan jumaat.risau dan kesian kat aku asik kena buli.asik tu tak lah hari2.tp ada kejadian tu.selalu pun aku mgalah dan ketepi selagi aku boleh.tp kejadian selasa tu mmg takleh nak ketepi sbb gelap.nak ketepi pun bahaya.takut langgar lubang or etc.

erm...semalam.jumaat petang.aku gerak balik kul7.ada kerja2 tak settle.jd gerak lambat.aku lupa tumbprint la rupanya...takpelah.ok sambung lg.kali ni hujan lebat,gelap,kabus pun tebal, kilat pun mmg sambar meyambar.(ini bukan rekaan ye-ini betul2 mmg kilatnya silih berganti).mata silau,pandangan mata aku tak sampi 500m pun.kebetulan ada lori kat depan.aku follow jer.lori pun perlahan.at least aku nmpak gak dia kat depan aku wpun percikan air tayar lori sedikit mengganggu.dalam ketidakjelasan mata aku tu aku memandu berdasarkan line putih sebelah kiri jalan.at least aku tau aku akan ketepi bukan ke tengah jalan yg berpotensi masuk kelaluan bertentangan.sampai di satu simpang lori tadi berjaya meloloskan diri dilampu trffic.tinggalah aku di depan sekali dgn deretan kereta dibelakang.keadaan masih lagi hujan lebat dan gelap.bila trffc dah hijau akulah yg dok depan sekali.aku bwklah laju sikit (tak nak kena buli lah katakan...konon) tiba2. . .

banjir! air turun dr kawasan construction dgn deras dibahagian tepi jalan.mcm aku kata td, aku berpandukan line putih tepi tu.jd confirm2 aku dah langgar air tu.aku ingat sikit rupanya air byk dan deras.aku nak ketengah(kanan aku lahkan) keta pulak berduyun dr arah bertentangan.keta aku yg bergerak td tiba2 mati enjin. dan aku sedar tu,degupan jantung mcm bhenti seketika.aku cuba tak panik,bertenang2(aku kata dlm hati), wpun enjin dah mati keta masih leh gerak.aku terus tekan lampu kekiri jalan dan hazard light.keta betul2 tersadai ditepi.keta yg byk kat belakang aku selamat coz aku dah kena dulu.aku yg jumpe dulu limpahan air tu.jd diorg dah nmpk apa ada kat depan.aku terdiam seketika.aku off kan semua suis2.spt air-cond, pengering cermin belakang dan depan etc.

kemudian...(mencari2 telefondlm samar2 -minda null waktu ni -ekpressi tak dpt dgambarkan)

aku telefon sang hubby.....bgtau apa yg berlaku dan dia suh tgu je kat situ.dlm masa menunggu aku taklah rasa takot sgt.dalam pda null aku ttp ingat pada-Nya.zikir2 sikit dan pandnag kiri kanan.dalam kusut tu tfikir juga ini ujian @dugaan.sabar sabar aku pujuk hati aku.wpun jalan gelap.ada ketikanya byk keta2 lalu lalang.aku nmpk ada juga satu van kat belakang aku,agak jauh yg menerima nasib mcm aku.sebelum tu pun byk keta yg berhenti dan sempat elak air tu.jd taklah rmi yg tersadai.hnya aku dan van tu.tp still tak leh buat apa.hujan masih turun dgn lebat.lgpun bhya utk aku kuar wpun@katalah ujan dah benti.aku sorg2.aku dlm keadaan null lg.fikiran kosong sekejap.tak tau apa nk aspect dan fikirkan apa dah jd dgn keta.setelah beberapa ketika aku cuba start keta tp tak boleh juga hidup.berselang seli dgn panggilan telefon dr sang hubby.katanya tgu kejap then cuba start dgn harapan masalah basah bahgian keta dah kering n leh start.cuba punya cuba still tak boleh.bila call lagi, sang hubby kata dia baru call mekanik n pesan jgn start bila keta mati sbb air.bila start akan bawa masalah lain yg lbh berat@kerosakan major.apa??? manalah aku tau aku kira2 ada gak dah dalam sepuluh kali start...kuang kuang kuang...jadi???

aku terus menunggu.sang hubby maklumkan.tow trak akan sampai nanti.nanti tu lambt lagilah ye.sang hubby on the way ke tempat aku...fikiran aku dah mula risau dgn perkataan "kerosakan major@ teruk".teruk sgt ke? kalau betul2 teruk mcm mana? jantung berdebar2 lagi...

pendekkan cerita tow trak smpai selang 15 minit sang hubby sampai.jam kalau tak silap dah dekat2 kol 9.naikkan keta atas lori .kamipun follow dr belakang.dgn my car yg bila bwk dia sure kena bully tu...ok jalan terus dan jalan...dalam perjalanan jem pulak.jalan dipenuhi limpahan cahya lampu keta dan keadaan bersimpang siur.ada pulak keta accident di tgh2 jalan.mmg teruk juga keadaan keta tu.ada 4 biji.tp tak pula membawa kecederaan.bila tgk keta2 tu aku mula muhasabah diri lagi.aku cuma mati enjin.body keta tak ada apa.maksud aku " dalam pada kita ada masalah...org lain juga tak terkecuali, malahan mungkin lebih lagi masalah org dr kita) aku ni tak hbs2 bermonolog...

dalam keta kami sama2 diam.mungkin sang hubby pun hilang kata2.don't know what to aspect.tak atau apa nak dijangka dgn tahap kerosakan keta.tp sang hubby langsung tak ...tak apa ekk...erm..senang ckp tak marah, tak kata apa, hanya diam dan keadaan lebih berkisar bila nak smpi bengkel dgn traffic jem yg teruk tu.dan akhirnnya smpilah kami dibengkel.....keta dh pun diturunkan dr lori.sedih aku tgk keta tu.seolah2 dia memandnag sayu kat aku.katanya" aku sakit..." dengan perlahan.percaya tak??? percayalah.keta tu dah bersama kita dlm beberapa jangka masa.ibarat ia hidup bersama kita.aku membesar dan pandai bawa keta dgn dia(keta).aku tak jawab.aku hanya pandang keta tu dgn sayu."sebab aku ko jadi mcm tu...".(tp still tak menolak akan ketentuan-Nya yg dah tertulis begini). mekanik pun tgk skit je.sebab dah malam.bukak2 enjin mg spt yg dijangka.enjin masuk air dan byk part yg basah dimasuki air.aku termenung.sang hubby je yg bercakap.aku tgk.dlm hati rasa bersalah juga.mekanik kata kemungkinan besar teruk.tp untuk mengesahkannya kena tunggu esk (sabtu) utk buka enjin dan pastiakn betul2...selesai bayar tow trak (harga mlm lain skit dr siang).kamipun bergerak balik dgn mcm2 perasaan.bercmpur baur.pd ketika ni aku menulis.tak ada makanan atau air yg masuk dlm perut aku.selera hilang.sang hubby buat spt biasa.lapar katanya.dlm perjalanan balik sang hubby beli burger.aku pulak tak nak.aku lost dibuai bermcm2 emosi.sang hubby lebih realistik.ada masalah tp lapar kenalah mkn.bg aku itulah lelaki, mmg berbeza dgn ppuan.diamnya bukan beerti tak risau atau tak kisah.

kira2 kul 11.30 sampi rumah.kira2 kul 1 tertido.tido sbb penat.penat fikir dan fikir apa keputusan esak.ok atau tak keta tu.bila tido hilalng sekejap mcm2 emosi tu sbb dah tdo.bgn pg terus capai telefon.

malam td smpi rumah aku terus cuba telefon mak kat kg.aku kena bgtau cepat aku tak dapat balik sbb masalah ni.tp dah lewat.tak berangkat.mak dah tdo.

jd pg2 ni aku telefon sang kakak di kg.aku cerita apa berlaku.dia fhm.tp mak??? yg mgharap anaknya balik tak semudah itu menerima ketidakjadian anaknya balik.org tua kita adakalanya akan jd terlalu sensitif.aku tak salahkannya.aku terima apa jua ekspresinya...cuma aku tak sampai hati nak telefon.aku hanya berpesan kepada sang kakak utk bgtau.nanti bila aku dah ok@tak diselubungi emosi aku akan call.aku lebih kepada tak mau mak susah hati.tp kita sebgai anak pun tak dpt nak jangka.mungkin dia kecewa.yelah dah tgu2.tp apakan dayaku ini...aku juga tak minta keta rosak...: (

tu sebablah empangan airmataku pecah jua...
cukuplah sampai di sini aku share.spt aku pernah kata.blog bukanlah tmpat meluahkan segalanya.tp menulis ni dapat juga less kan rasa ini.rasa apa??? apa2lah.mcm2 rasa.pg td sang hubby dah keluar g bengkel.mekanik telefon...katanya "BAD NEWS...".setelah dpt panggilan tu.sang hubby pun bergegas siap2 dan keluar.diajak kwnnya utk sama2 g tgk.yelah kdg2 hal2 lelaki ni kita tak perlu sgt cmpur.kita emosi.dia tak.tp tak bermaksud tak risau.kita risau je nangis nangis nangis.GEMBENG betul.kememe...

oklah.setelah tulis ni.aku mcm release skit yg terbuku dihati ni.byk moralnya bila aku muhasabah diri.akhir sekali aku kena bersyukur kepada-Nya dan ikhlas menerima ujian ini.

ada juga ujian2 lain yg aku terima.tp tak perlulah aku tuliskan.aku percaya ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku.ada sebab yang kita tak tahu.

dan aku tahu masalah ini hanya kecil pd sesetengah pandangan org jika nak banding dgn masalah org2 lain.tp mcm aku kata td ikutlah persepsi masing2 tak ada salahnya.

org2 yg lebih dulu makan garam dr kita lebih fhm dan arif.
masalah2nya apa tidaklah kita tahu sepertimana org juga tak tahu masalah2 kita.cuma jgnlah bandingkan sgt.mungkin tak sama.atau jgnlah kata seolah2 we deserve it,padan muka,"aku dah penah kena ini time ko la...aku dah rasa, baru ko tau rasanya ditimpa2 masalah", "ko mesti ada byk wang sebab ko berdua sure tak ada masalah" (dlm hati kata "aku nak juga ada byk wang, kalu itu yg org doakan@asik kata gitu je") dan apa2lah kata2 yg negatif.jgn... jgn...(jgn monyet-kata2 dlm kartun zmn dolu2) kata kami mcm tu.sbb kami tak mendoakan benda2 buruk pd org yg "lebih" dr kami.malahan tumpang gembira dgn apa yg dicapainya.hidup ini umpama roda.tak selalu kita dibwh dan tak selalu kita di atas.

oklah yer.
sama2lah kita berusaha ke arah yg lebih baik.

"kualiti ditingkatkan, penambahbaikan
berterusan" ceh ini kata2 yg aku ingat dilaluan koridor kat tempat kerja.


1 comment:

Norsi said...

awak..
saya bole bayangkan awak menunggu dalam kete dengan terperangkap dalam hujan dan banjir.. isykk.. cobaan tu. Sib baik takde pape. Kete rosak tu takleh nak elak. Kita pompuan mmg kurang arif skit bab kete ni kan.